Dynas Masih berpantang ketika mengandung !!


Wan Intan Edrinaz Wan Mokthtar atau lebih dikenali sebagai Dynas, aktres jelita ini kini sedang sarat mengandung tujuh bulan menghitung hari menunggu kelahiran bayi pertamanya.

Peristiwa keguguran yang dialami pada tahun 2008 lalu memberi kesan kepada Dynas untuk mengambil langkah berjaga-jaga dalam setiap pergerakannya. Amalan berpantang mengikut adat Melayu, Cina dan India dipraktikkan menurutnya bagi menjaga keselamatan dan mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

Dynas memberitahu dia masih belum membuat sebarang persiapan termasuk membeli pakaian atau keperluan bayi apabila ditanya tentang persiapan menyambut ahli baru pada bulan hadapan.

Dynas turut memberitahu dirinya terasa sungguh istimewa apabila mendapat perhatian dari orang sekeliling terutamanya ketika membeli-belah atau bersiar-siar. Isteri kepada Mohd Hafizy Hafiz ini juga mengambil langkah untuk berehat selama empat bulan dari sebarang aktiviti seni bagi menunggu kelahiran bayinya.

Dynas yang baru pulang dari percutian di Melbourne, Australia pada bulan lalu menganggap percutian tersebut sebagai bulan madu kedua bersama suami tercinta sebelum kelahiran cahaya mata mereka.

Post a Comment

0 Comments