Ramai yang meramal pelakon muda bakal mendominasi malam kemuncak festival itu yang bakal berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur pada 18 Julai ini.
Shaheizy Sam, 28, merupakan antara pelakon muda yang dilihat menyerlah apabila tiga buah filem lakonannya Adnan Sempit, Evolusi KL Drift 2 dan Niyang Rapik bakal bertanding pada festival filem berprestij itu.
Sam bukan sahaja layak dicalonkan dalam kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik, malah gaya lakonannya yang bersahaja sebagai Adnan dalam filem Adnan Sempit juga melayakkannya dicalonkan sebagai Pelakon Lelaki Terbaik.
0 Comments