Rupa-rupanya dah hampir sebulan Aidil tidak balik dan melihat anak dan isterinya. Sejak raya hari itu, Aidil tak balik-balik ke Rumah. Kesian kat anak mereka berdua, Airit yang rindu kat si ayah. Kata Rita:-
Dan Rita melahirkan rasa kecewa kerana Aidil tidak membela dirinya. Kata Rita, sebagai suami Aidil sepatutnya bersikap lebih gentleman dan membela diri isterinya apabila diaibkan.
Dan sebenarnya sebelum membuat apa-apa kenyataan di suratkhabar, Rita dah pun menghantar SMS kepada Aidil untuk meminta kebenaran. Jawapan Aidil ialah “buatlah, lantak kau orang”. Pedih dan mengguris hati kan?
Sedih kami baca luahan seorang isteri yang tidak dipertahankan suaminya. Kami tak tahu siapa yang patut dipersalahkan dalam hal ini. Mungkin Aidil masih terlalu muda dan perlu nasihat daripada keluarganya sebelum membuat sebarang keputusan.
Buat Aidil, Rita, keluarga mertua dan sesiapa sahaja yang terlibat dalam kes ini, duduklah bawak berbincang. Jangan kerana ego sendiri anak yang menjadi mangsa. Masa kahwin beria nak kawin walaupun tak dapat restu, bila dah ada problem takkan nak larikan diri macam tue sahaja kot? Inikan asam garam rumahtangga.
0 Comments