
 Untuk yang tak nampak, kami tuliskan balik apa yang Dr Rozmey tulis wall Facebooknya:-
 Keangkuhan dan  kesombongan wartawan hiburan sekian lama terhenti dan padam. mereka  tidak mampu lagi angkuh , memfitnah , mengkeji dan memaksa ddr mengikut  rentak dan resam mereka utk kuburkan industri Filem,maruah bangsa dan  negara di hujung mata pena mereka. selepas TSUNAMI ledakan Pecah  panggung 40 Juta yg ddr cIpta. Masa utk positif dan hormati hak individu  dan menulis dgn amanah dan jujur serta berbudi.
  Nampaknya Dr. Rozmey bengang betul dengan tulisan sesetengah wartawan  hiburan yang sudah pun menonton filem 2 Alam dan menulis review yang  tidak elok tentang filem tersebut. Ramai wartawan hiburan kurang berpuas  hati dengan filem 2 Alam dan menyoal kemampuan filem tersebut mengutip  RM40 juta seperti yang disasarkan oleh Dr Rozmey.
 Antara review-review wartawan hiburan yang sudah menonton filem 2 Alam ini ialah:-
 1. Niezam dari Mstar
 Dr Rozmey sebenarnya  takut dengan kritikan wartawan kerana dia bimbang filem dia tak  laku.Tapi masa dalam panggung memang rasa macam nak pecah juga kepala  melihat 2 Alam.Filem itu bagus kalau ia digarap dengan baik.  Tetapi sayang, garapannya “hancus”. Pelakon baru yang memegang watak  utama dalam filem itu juga tidak hebat berlakon. Kalau dah tak popular,  jadi tak payahlah disebut namanya.
  2. Meor Shariman, NST
 Menonton filem 2 Alam  umpama menyiksa minda dan yang paling mengejutkan ialah masih ada filem  sebegini diterbitkan setelah pelbagai usaha dilakukan oleh pembikin  filem tempatan menaikkan martabat filem melayu. Filem sebeginilah yang  memburukkan nama industri filem tempatan dan mengembalikan tanggapan  masyarakat bahawa filem buatan Malaysia adalah filem sampah.
  3. Klubkiddkl – Malay Mail
 Sesiapa yang sanggup nak tengok 2 Alam -sedekahkanla saja duit tu pada makcik jual kerepek ke orang buta minta derma. Lebih puas
  Kami tak berani nak komen tentang filem 2 Alam ini  sebab tak tengok lagi. Tapi dari segi promosi memang kami respek dengan  Dr Rozmey ini. Hebat. Gah semacam promosi dia. Setiap hari pun keluar  suratkhabar Kosmo. Mungkin nak panggil seramai boleh penonton bersempena  dengan tayangan perdananya 18 November ini.
 Dengar ceritanya dah ada Facebook Anti Dr Rozmey. Ish-ish. Takkanlah  sampai ke tahap tue kebencian sesetengah orang terhadap Dr. Rozmey.  Apa-apa pun bagi kami senang je. Tengok dulu filem 2 Alam ini dan  luahkanlah pendapat anda. Kalau tak best cakap tak best. Kalau best  suruh kengkawan tengok. Senang begitu ~~
 
0 Comments