Baru semalam kami menulis tentang khabar angin keretakan rumah tangga Engku Emran dan Erra Fazira, akhirnya tuan punya diri sudah pun bersuara. Kepada semua peminat Erra dan Engku Emran, tak perlu risau kerana rumah tangga mereka berdua aman damai. Bak kata Erra:-
Dan sebenarnya Engku Emran ada datang untuk melihat lakonan Erra semasa Teater Tun Mahathir. Engku Emran datang hanya sekali sahaja. Mungkin masa itu para wartawan tak terperasan kemunculan Engku Emran. Mungkin sebab itu terus ada yang membuat kesimpulan Engku Emran tak datang langsung menonton persembahan Erra:-
Sebenarnya inilah harga yang perlu dibayar apabila kita bergelar selebriti. Setiap langkah dan tingkah laku diperhatikan. Apa pun kami respek dengan Erra yang terus menceritakan perkara sebenar. So harap-harap lepas ini tak ada spekulasi lagi. Sama-samalah kita doakan agar pasangan ini akan berkekalan sehingga ke akhir hayat.
0 Comments