Syarikat AC Mizal Disyaki Tiada Lesen Jualan Langsung?

IMG 0043 Syarikat AC Mizal Disyaki Tiada Lesen Jualan Langsung?

Syarikat jualan langsung yang diasaskan oleh AC Mizal disyaki beroperasi tanpa lesen Akta Jualan Langsung 1993 seperti yang diwajibkan oleh Kementerian Dalam Negeri, Koperasi & Kepenggunaan (KPDNKK).

Laporan Utusan Malaysia ada menyebutkan bahawa mereka turut membuat semakan di laman web kementerian, namun tidak menjumpai nama syarikat milik AC Mizal dalam senarai “SENARAI SYARIKAT YANG PERNAH MEMOHON LESEN DI BAWAH AKTA JUALAN LANGSUNG 1993” (keyword: AC Konsortium), di mana database kementerian yang paling terkini telah diupdate pada 2 November lalu.

Screen shot 2010 11 11 at 12.12.28 PM Syarikat AC Mizal Disyaki Tiada Lesen Jualan Langsung?

Kementerian juga telah memulakan siasatan dan memantau rapi kegiatan syarikat tersebut berikutan aduan orang ramai.

UPDATE : Jabatan Perdana Menteri turut buat laporan kepada KPDNKK mengenai perniagaan AC Mizal. Laporan penuh di AC MIZAL: AKTA JUALAN LANGSUNG 1993 DAN AKTA PEMBERI PINJAM WANG 1951.

Sumber berita : Syarikat jualan langsung selebriti tiada lesen?

Dicedok bulat-bulat dari rakan media kami, OhBulan.

P.S: Artikel kami sebelum ini yang berkaitan AC sedang diteliti untuk membuang komen-komen yang berbaur fitnah dan kontroversi. Nanti kami republish.

Post a Comment

0 Comments