Nampaknya bermula April nanti kelibat Diana Danielle di Malaysia akan jarang kelihatan. Diana Danielle akan sambung belajar dalam bidang lakonan di Los Angeles bermula April ini. Tapi jangan risau sebab Diana Danielle akan pulang sekali sekala ke Malaysia untuk menyetelkan apa jua yang belum disetelkan lagi. Tahniah kepada Diana Danielle yang sanggup belajar untuk meningkatkan lagi mutu lakonannya.
Fikir punya fikir, memang betul pun kebanyakan pelakon hebat semuanya belajar dalam bidang lakonan. Tapi berapa kerat pelakon Malaysia yang pernah pergi belajar jadi pelakon sebelum benar-benar bergelar pelakon? Mungkin ada seorang dua tapi kebanyakan pelakon sekarang dipilih kerana muka yang boleh dijual. Bakat lakonan? Suam-suam kuku je.
Semoga dengan pemergian Diana Danielle ke Los Angeles akan memantapkan lagi ilmu lakonan di dadanya. Bak kata Diana Danielle sendiri yang berbunyi:-
Kalau anda peminat Diana Danielle, jangan lupa wish goodluck kepadanya di Facebook Diana Danielle dan Twitter Diana Danielle. Lagi gambar Diana Danielle dengan membaca entri ini sepenuhnya.
sumber:beautifulnara
0 Comments