Kalau anda pernah terbaca entri “(GAMBAR)Apabila Que Haidar & Linda Jasmine Keluar Bergembira” yang pernah Abang Nara tuliskan sebelum ini, di Harian Metro Ahad baru-baru ini Que dan Linda telah memperjelaskan isu gambar tersebut. Seperti yang Abang Nara katakan di dalam entri tersebut, botol arak yang ada di dalam gambar-gambar tersebut bukan milik mereka berdua dan mereka tidak langsung meminumnya. Kata Que:-
Selepas dihubungi berkali-kali, kami singgah sebentar untuk meraikannya (sambutan hari jadi kawan mereka berdua). Namun terus terang kami tidak langsung menyentuh arak, manakala arak di atas meja itu adalah milik orang lain. Malah, rakan Linda turut mendapatkan nasi lemak selepas saya memberitahu nak makan makanan itu selain meminum air mineral
Dan mengenai salah satu gambar yang menunjukkan Linda Jasmine memegang sepuntung rokok, ini penjelasan daripada Linda sendiri.
Saya tak minum arak dan merokok langsung. Rokok itu orang lain punya, mungkin Que dan saya hanya memegangnya
sumber:beautifulnara
______________________________________________________
0 Comments