Tahniah kepada pengacara Jimmy Shanley Norjahan diatas bakal menjadi seorang ayah tidak lama lagi. Berita gembira ini merupakan saat dimana isterinya, Nursuhaili yang kini hamil akan melahirkan anak pada bulan Julai 2011. Masih ada tempoh 1 bulan lebih lagi buat pasangan ini menimang cahaya mata. Berita ini disampaikan oleh peguam Nursuhaili ketika prosiding kes mereka berdua di mahkamah baru-baru ini.
Masa prosiding tue, Jimmy tidak hadir kerana pergi umrah, manakala isterinya Nursuhaili pula yang datang. Haish, harap-harap mereka berbaik-baik semula dan membuka buku baru diatas kebaikkan bakal anak mereka nanti. Payah tue nanti kalau anak berada ditengah-tengah diatas krisis kedua ibu bapa yang melanda. -sumber berita mStar
______________________________________________________
0 Comments