Sebelum ini, Scha penah berkata kalau boleh dia ingin berkahwin dengan segera, namun niat tersebut terpaksa ditangguhkan terlebih dahulu ekoran jadual kerja yang padat. Scha menambah lagi, kedua-dua keluarga masih belum berbincang dan mereka berdua masih mencari masa yang sesuai.
Apa pun, ada sumber dalaman yang sudi berkongsi berita gembira ini bersama peminat Scha & Awal.
Dengar cerita, Scha & Awal kini sedang sibuk membuat persiapan untuk majlis perkahwinan mereka yang dipercayai akan berlangsung pada Disember ini. Kami difahamkan, majlis perkahwinan Scha & Awal akan berlangsung di Saloma Bistro & ia turut melibatkan tenaga kerja daripada Butik Kapas.
Buat masa ini, 3 tenaga kerja yang terdiri daripada wedding planner sedang merangkakan persiapan majlis perkahwinan Scha & Awal.
Joyyah ucapkan tahniah kepada Awal & Scha andai kata benar cerita yang diterima ini. Berita baik, perlu dikongsi bersama kan?
sumber;joyyah
______________________________________________________sumber;joyyah
0 Comments