Nurul Syuhada & Raja Amir Kahwin 23 Julai Secara Tertutup


Pengacara Majalah Tiga, Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zin, 27, akan mengadakan majlis pernikahannya dengan seorang pegawai bank , Raja Amir Raja Azwa,29, pada 23 Julai depan secara tertutup.

Sumber pihak TV3 yang dihubungi memberitahu majlis persandingan akan diadakan di Pusat Konvensyen Sime Darby, Kuala Lumpur dengan dihadiri keluarga kedua-dua belah pihak sahaja.

Manakala, upacara pernikahan akan dijalankan seminggu lebih awal.

“Kad undangan sudah diedarkan tetapi majlis tersebut dibuat secara tertutup untuk keluarga kedua-dua pengantin sahaja," ujar sumber itu mStar Online, di sini, Khamis.

Dalam pada itu, majlis sebelah pihak lelaki dijangka akan berlangsung pada September atau Oktober depan di Negeri Sembilan.

Sementara itu, Nurul Syuhada yang dihubungi untuk bercerita tentang majlis itu tidak dapat memberi komen lanjut kerana perkara itu perlu mendapat kebenaran daripada pihak TV3 terlebih dahulu. - mStar Online

______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
______________________________________________________

Post a Comment

0 Comments