Siapa tahu di sebalik kejayaan besar kumpulan Sepah iaitu merangkul gelaran juara Maharaja Lawak dan membawa pulang RM350K, mereka sebelum itu telah membuat keputusan untuk berpecah selepas tamat Maharaja Lawak.
Niat itu timbul kerana mereka tertekan dan sering bergaduh sesama mereka dalam mencari idea terbaik untuk persembahan akhir Maharaja Lawak.
"Alhamdulilah, sungguh tidak dijangka kemenangan kami pada malam itu. Kami ingat paling tidak pun kami hanya mampu akan meraih di tempat kedua. Lebih-lebih lagi bila menerima persaingan yang cukup sengit daripasa setiap peserta terutama sekali Jozan.
"Paling tak sangka bila Allah masih mahu memberikan rezeki ini kepada saya dan rakan-rakan Sepah yang lain sedangkan saya adakalanya terlupa akanNya. Lagipun, kami tidak berfikir untuk menang kerana idea untuk membentuk persembahan malam tersebut hanya sempat kami memperolehinya pada jam 4.30 petang iaitu beberapa jam sebelum pertandingan akhir bermula.
"Bayangkanlah bertapa gentingnya keadaan kami pada waktu itu. Disebabkan itu, kami selalu bergaduh dan sampai ke satu tahap saya pernah cakap kepada mereka biarlah kita bubarkan saja kumpulan Sepah sebaik saja selesai pentas akhir Maharaja Lawak ini.
"Saya berani cakap begitu selepas melihat komitmen daripada setiap ahli yang dilihat berkurangan dan pudar di saat-saat akhir iaitu sebelum pertandingan final bermula," kata Jep yang ditemui murai.com.my selepas berakhirnya pertandingan peringkat akhir Maharaja Lawak.
Namun begitu, kata Jep, keputusan untuk membubarkan kumpulan Sepah itu bagaimanapun terpaksa dilupakan selepas mereka dinobatkan sebagai juara Maharaja Lawak.
"Selepas mencapai kejayaanyang terbesar ini, semangat kami amat berbeza dan amat bertambah. Kami berasa amat bertanggungjawabuntuk kekalkan kumpulan Sepah. Ia bagaikan satu amanah yang perlu kami jaga.
"Kami tidak mahu menghampakan peminat-peminat kami lagi. Yelah, sebelum ini nama Sepah pun agak pudar dan selepas memasuki pertandingan ini saya nampak nama Sepah kembali dan lebih segar dalam ingatan penonton dan peminat kami," tambah Jep lagi. - murai.com.my

______________________________________________________
0 Comments