Dia sedang sibuk dengan latihan pementasan teater muzikal Dreamgirls: The Broadway Musical Sensation yang bakal dipentaskan di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada 14 hingga 24 Julai ini.
“Masa tu saya di luar dan baru lepas makan malam. Saya rasa bimbang kerana ini merupakan pertama kali saya pengsan.
“Pada Rabu lalu, saya sudah membuat ujian darah dan ujian elektrokardiogram (ECG). Saya bersyukur kerana keputusan ECG menunjukkan jantung saya normal. Cuma tekanan darah saya agak tinggi.
“Doktor kata mungkin kerana saya stres dengan kerja dan keputusan ujian darah akan diberitahu pada hujung minggu ini,” katanya kepada mStar Online.
Bagaimanapun, Tony masih memberikan komitmen kepada muzikal itu. Dia melakonkan watak Curtis Taylor Jr, seorang lelaki Afrika-Amerika yang dilanda diskriminasi di kalangan masyarakat kulit hitam sekitar era 1950-an.
“Disebabkan mahu menjayakan watak itu, saya terpaksa mewarnakan kulit saya menjadi hitam di spa.
“Saya juga perlu membuat kajian tentang sejarah revolusi masyarakat kulit hitam di Amerika Syarikat, asal-usul hip hop dan cara nyanyian serta tarian kaum ini untuk digunakan sebagai modal persembahan saya nanti,” katanya lagi. - mStar Online______________________________________________________
0 Comments