Wardina Sokong Perhimpunan Bersih ?


Pengacara Wardina Safiyyah,32, amat kecewa apabila dikaitkan terlibat dengan pertubuhan politik termasuklah menyokong perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih).

Wardina berkata, imejnya tercemar apabila terdapat blog-blog tertentu yang mendakwa dia menyokong gerakan berkenaan sehingga menjejaskan reputasinya apabila banyak pihak yang mempersoalkan perbuatannya itu.

“Saya amat kecewa. Saya tidak terlibat dengan mana-mana perhimpunan haram. Ini semua salah faham pihak-pihak tertentu,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini, Selasa.

Sehubungan itu jelas Wardina dia akan mengadakan sidang media tergempar, Rabu (esok) di Kelab Darul Ehsan, Ampang dekat sini pukul 9 pagi bagi menjelaskan pendiriannya berhubung tuduhan itu.

“Esok saya akan terangkan kepada pihak media mengenai dakwaan yang diperkatakan kepada saya,” ujarnya.

Jelas Wardina, selama ini dia banyak keluar masuk institusi pengajian tinggi tempatan untuk memberi motivasi dan inspirasi kepada para pelajar agar menjadi individu yang berguna sebaliknya tindakannya itu cuba dimanipulasikan.

“Apabila orang memberi reaksi yang buruk kepada saya, saya perlu menjelaskannya. Kerana perkara ini benar-benar mencemarkan nama baik saya,” katanya. - mStar Online


______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
______________________________________________________

Post a Comment

0 Comments