Siapa sangka gadis tinggi lampai, Intan Ladyana sudah mula jatuh hati terhadap kerjaya seorang Askar gara-gara mengikuti latihan wataniah baru-baru ini.
Intan yang ditemui semalam di pejabat Tupai.com.my, menceritakan pengalaman dan perasaannya ketika menyertai latihan tersebut.
"Saya rasa seronok menyertai latihan tersebut dan banyak benda yang dapat saya belajar. Ini merupakan pertama kali saya berkawad. Masa sekolah dulu saya tidak suka berkawad tapi bila dah belajar saya suka." ujarnya.
Tambahnya lagi, "Selain berkawad, saya juga belajar menembak menggunakan M16. Walaupun menggunakan peluru kapur, saya rasa seronok dapat belajar menembak dan dapat pegang M16."
Intan yang memulakan sesi latihan pertamanya pada 4 julai 2011, memberitahu dalam seminggu terdapat tiga kali latihan iaitu hari Isnin, Rabu dan Khamis. Setiap latihan akan berlangsung selama lima jam dan kesemua peserta perlu menghabiskan 240 jam.
Ditanya sama ada intan akan menyambung latihan selepas tamat peringkat pertama, Intan menjawab, "InsyaAllah saya akan sambung untuk peringkat seterusnya kerana 240 jam itu hanya untuk menjadi askar terlatih sahaja."
Selain Intan seberiti lain yang terlibat sama adalah Dato Siti Nurhaliza, Shaheizy Sam, Lisa Surihani, Ana Raffali dan ramai lagi.
sumber:tupai.com.my
______________________________________________________Intan yang ditemui semalam di pejabat Tupai.com.my, menceritakan pengalaman dan perasaannya ketika menyertai latihan tersebut.

0 Comments