Mujur Ada Memey – Norman Hakim

memey norman

Ok secara ikhlas Abang Nara rasa nak muntah darah apabila membaca tajuk ruangan RAP Harian Metro hari ini. Mujur ada Memey konon. Memang tak boleh blah punya tajuk. Baca punya baca rupanya ini pasal kes Memey bawak anak Norman dan Abby ke satu majlis baru-baru ini. Ini penjelasan Norman:-

Pada hari itu, saya sebenarnya menghadiri satu majlis sukan di sekolah Danish bersama Abby (sebelah pagi) dan ada satu lagi acara pada sebelah tengah hari membabitkan Dania pula. Bagaimanapun, Abby mengatakan tidak dapat hadir kerana mahu ke luar negara. Jadi, saya bawa Memey menemani saya. Kebetulan pada sebelah malamnya, Memey ada undangan menghadiri satu majlis di Damansara dan saya pula ada penggambaran filem Tanda Putera Negara arahan Datuk Paduka Shuhaimi Baba di Studio Finas, Hulu Klang. Selepas berbincang, kami memutuskan untuk membahagikan tugas menjaga mereka. Anak lelaki bersama saya ke lokasi manakala dua anak perempuan bersama Memey. Pada petang itu, saya hantar mereka ke Damansara kemudian saya dan Danish pula ke Hulu Klang.

Dan Norman berkata Abby sepatutnya berterima kasih kepada Memey kerana sudi menjaga anak mereka. Memang kalau Abang Nara jadi Abby confirm panas hati:-

Kalau saya berada di tempat Abby, saya akan berterima kasih kepada Memey kerana ada orang yang menjaga anak-anak ketika ketiadaan saya. Bagaimanapun, apabila timbul cerita ini, kesian Memey. Bukan salah dia kerana saya perlukan bantuannya menjaga anak-anak apabila Abby tiada. Apapun, saya terima apa yang berlaku, tetapi ia bukanlah sengaja untuk menyakitkan hati Abby. Saya juga harap agar hubungan kami tidak sentiasa tegang dengan pelbagai kemelut yang tidak pernah berhenti kerana saya cuba sebaiknya untuk menjalankan tanggung?jawab sebagai ayah. Saya juga kesal apabila dikatakan cuai dalam menjalankan tanggungjawab dari segi nafkah. Hakikat–nya, saya sentiasa pastikan kepentingan anak-anak dengan membelikan barang keperluan dapur setiap 20 hari sekali melalui bantuan pembantu rumah yang memberikan senarai barang-barang yang diperlukan. Saya juga bayar bil air dan elektrik, begitu juga duit belanja sekolah dan pengangkutan anak-anak ke sekolah. Kami juga tidak terikat dengan peraturan tertentu soal penjagaan anak sebaliknya lebih fleksibel mengikut kesesuaian.

Sebelum korang muntah kat meja tempat kerja korang, baik korang berhenti baca entri ini. Untuk pengetahuan, Memey dan Norman akan berkahwin pada 24.09.2011 ini.


sumber;beautifulnara

______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
______________________________________________________

Post a Comment

0 Comments