Ziana Zain Tegur Syarikat Korporat


KUALA LUMPUR:Penyanyi Ziana Zain menegur syarikat-syarikat korporat di negara ini yang enggan menaja konsert penyanyi-penyanyi tempatan berbanding penyanyi antarabangsa.

Kata Ziana, walaupun dia tahu hal tersebut sudah lama berlaku, dia ingin menegaskan kembali kepada pihak penaja bahawa penyanyi tempatan mempunyai kualiti dan aura untuk menarik penonton membeli tiket konsert.

"Saya masih tak faham kenapa penyanyi-penyanyi tempatan sering dianaktirikan. Saya harap pemikiran skeptikal pihak penaja terhadap kami akan berubah.

"Kali terakhir saya membuat konsert pada tahun 1996 dan selepas itu, sampailah sekarang saya masih lagi menanti. Memang ada penganjur yang ingin menganjurkan konsert untuk saya tapi, penaja pula yang tidak ada.," katanya.

Bagaimanapun, duta produk Antabax itu gembira kerana masih lagi ada yang ingin menganjurkan beberapa persembahan konsert mini untuknya di Singapura

"Sejak penglibatan saya dalam industri, Alhamdulillah, sekurang-kurangnya, sekali dalam setahun mesti ada tawaran buat persembahan.

"Bagaimanapun saya sangat rindu membuat konsert di negara sendiri. Malah saya juga rindu untuk melihat peminat-peminat menyanyi bersama-sama sambil mengukir senyuman, ia memberi satu kepuasan buat saya," ujarnya.

Bagaimanapun, jika benarlah ada yang ingin menganjur serta menaja konsertnya, dia enggan membuat persembahan itu secara ala kadar sahaja sebaliknya mahu t para penonton rasa berbaloi dengan harga tiket yang dibeli.

Sementara itu, Ziana mengakui, walaupun tidak lagi aktif dalam dunia lakonan, dia masih menerima pelbagai tawaran berlakon sehingga kini.

"Kalau nak ikutkan hati, memanglah saya nak berlakon. Tetapi apabila memikirkan anak-anak, hasrat itu terpaksa saya lupakan," katanya. - mStar Online


______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
______________________________________________________

Post a Comment

0 Comments