Semalam (7 Ogos 2011) kecoh mengatakan hubungan pasangan kekasih remaja popular ni bergolak selepas Selena menyuarakan rasa kurang senangnya terhadap kawan-kawan ‘Hip-Hop’ JB iaitu Sen Kingston, Chris Brown dan Lil’ Wayne yang dianggapnya akan mempengaruhi gaya hidup JB ke arah kerosakan.
Lebih parah, klimaks perbalahan mereka berlaku apabila Selena bertindak memutuskan hubungan mereka yang membuatkan JB menangis ‘tersesak-esak’.
Namun foto aksi Justin Bieber memberi kucupan tahniah pada Selena sewaktu buah hatinya dinobatkan anugerah ‘Choice TV Actress’ dan ‘Choice Female Hottie di Teen Choice Awards yang baru berlangsung sebentar tadi untuk cukup menepis segala khabar angin yang menghimpit mereka.
Kalau ianya sekadara satu lakonan kaburi mata peminat, pasangan tersebut turut dilihat bermesraan dibelakang pentas selepas Selena selesai membuat persembahan bersama band-nya, Selena Gomez & The Scene yang turut menggondol 3 anugerah.
Baguslah kalau mereka mereka masih bersama, tak elok berpisah-pisah. Sekiranya ada sebarang pertelingkahan, cuba bawa bertenang dan berbincang. Komunikasi dua hala itu penting jangan natnti terpisah macam… Taknak cakap, sendiri mau ingat!
0 Comments