Kalau anda baca sekali imbas tajuk yang kami sertakan di’atas, pasti agak janggal meletakkan nama Kila Fairy dalam satu barisan.
Ketika kami menyertai jelajah Festival Filem Malaysia ke 24 (FFM 24)
ke Johor Bahru baru baru ini, wartawan kami sempat berbual bersama Haziq
AF4.
Kami harap anda masih ingat dengan siapa penyanyi bernama Haziq AF4 yang kami anggap sangat komited dengan genre yang di’perjuangkan — muzik tradisional Malaysia.
Dalam perbualan ringkas kami, Haziq AF4 sempat memberitahu yang
beliau kini sedang berusaha untuk merakamkan sebuah album penghormatan (tribute) buat penyanyi lagenda, Allahyarham Ahmad Jais — yang kini sedang dalam proses perbincangan.
Proses rakaman & pemilihan lagu jika tiada aral melintang akan
di’mulakan selepas Hari Raya Aidiladha nanti dan berharap lagu dari
album ini akan di’putarkan di radio tempatan sebagai usaha mengenang
jasa dan bakat Ahmad Jais.
Berkaitan Kila Fairy, kami turut cuba mendapatkan kenyataan dari
Haziq AF4 sendiri tentang hubungan keluarga beliau dengan Kila Fairy
yang kami lihat agak rapat sepanjang jelajah ini berlangsung.
Maafkan kami jika terlepas sesuatu namun Kila Fairy kami lihat akan
bersama keluarga Haziq AF4 dalam satu kereta untuk ke’mana mana sahaja
sepanjang jelajah yang mereka turut serta. Hmm.
sumber:rotikaya
______________________________________________________
0 Comments