Kalau kita lihat trend hari ini, Maria Farida sebenarnya salah seorang pelakon wanita semi veteran yang masih ‘laku’ di’kalangan peminat hiburan muda.
Apa sahaja berkaitan Maria Farida sehingga ke hari ini masih menjadi
perhatian — lebih lebih lagi wajah cantik manis beliau. Eceh.
Bercakap kepada sebuah majalah hiburan tempatan baru baru ini, Maria
Farida berkata salah satu petua beliau untuk kekal cantik adalah dengan
tidak mengamalkan tabiat merokok.
Menurut aktress ini lagi, merokok akan mempercepatkan kedutan kulit
di’bahagian muka terutamanya mata & mulut dan kerana itulah gaya
hidup merokok bukan pilihan Maria Farida.
Satu lagi fakta menarik tentang selebriti ini, beliau perlu makan
coklat setiap hari & masih berjaya mengekalkan bentuk badan yang
menarik sehingga ke hari ini.
“Saya tidak boleh terlepas makan coklat setiap hari, dalam peti sejuk
saya akan tersedia pelbagai jenis coklat untuk saya jamah. Kalau
terlepas, saya rasa tidak selesa & ada sahaja yang kurang,” ujar
Maria Farida.
sumber;rotikaya
______________________________________________________
0 Comments