Kisah ini datang’nya dari seorang wartawan awam di Forum Cari — lama sudah kami tidak cedok kisah dari anda semua. Rindu rasanya.
Menurut sumber, baru baru ini beliau sempat menghadiri sebuah majlis
yang berkonsepkan kekeluargaan dan mempunyai segmen segmen yang
mengetengahkan ilmu membina sebuah keluarga yang terbaik.
Salah seorang penceramah di majlis ilmu keluarga itu merupakan
kaunselor yang mendakwa beliau memiliki fail penceraian beberapa
selebriti yang di’kenali oleh peminat hiburan tempatan.
Menurut sumber, kaunselor itu ada bercakap tentang penceraian Nana
& Brian — yang buat kita semua adalah sesuatu yang asing kerana
tidak pula pernah tahu ianya terjadi.
Tidak cukup dengan menyampaikan kisah yang belum tentu sahih,
kaunselor ini turut menyindir hantaran Nana kepada Brian yang merupakan
sebuah gitar sebagai punca penceraian mereka.
Harap’nya kaunselor ini tersalah orang untuk bercerita dan kalau
ia’nya satu kebetulan, banyak pula fakta yang bersimpang. Kami tahu Nana
& Brian sedang bahagia bersama anak mereka sekarang.
sumber;rotikaya
______________________________________________________
0 Comments