Marcella Doa Yang Terbaik Buat Lan Untuk Perkahwinan Baru

Bekas isteri Lan A To Z yang cantik jelita, Marcella Shariff mendoakan yang terbaik buat Lan untuk perkahwinan yang terbaru ini. Dia telah dihubungi oleh wartawan Harian Metro untuk mendapatkan kenyataannya berhubung perkahwinan Lan dengan Siti Nur Ain November ini.

Gambar terbaru Marcella

Saya doakan siapa yang jadi isteri dia di masa depan akan gembira dan semoga murah rezeki dan bahagia sampai ke anak cucu. Saya tahu mengenai hal ini kerana dia dah cerita dan saya suruh dia kenalkan kami sebab dia (Ain) akan jadi ibu tiri anak-anak saya. Dan saya suruh dia (Lan) jaga budak itu elok-elok. Tiada masalah kerana kami tetap keluarga walaupun bukan suami isteri. Saya gembira untuk dia.

Mengakui dia masih berhubung dengan bekas ibu mertuanya kerana bagi Marcella, ibu Lan seorang yang kelakar, dia menambah:

“Lan tidak jemput saya lagi tapi nanti bakal isteri dia tidak selesa pula. Lagipun bukan murah nak ke sana. Tapi Lan dah janji yang budak-budak (anak-anak) akan berkenalan dengan Ain melalui skype sebelum bernikah.”

Marcella pernah mengeluarkan kenyataan yang dia meninggalkan Lan dan membawa anak-anaknya ke England kerana hidup susah bersama Lan. Setelah bertahun-tahun cuba mempertahankan rumahtangganya Marcella mengalah dan memulakan kehidupan baru di England. Perkahwinan Lan November ini juga khabarnya ditaja sepenuhnya oleh Kelab Kebajikan Dan Sosial Tun Teja Malaysia (KKDSTTM).

2 keping gambar Marcella bersama anak-anak, Puteri Nur Aqmar, Puteri Nur Syafiqah, dan Puteri Nur Farhana, akan dapat anda lihat dengan membaca gosip ini sepenuhnya.




sumber:beautifulnara

______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

Post a Comment

0 Comments