Maya Karin berada di Paris, Perancis selama empat hari untuk menjalani penggambaran program televisyen Travelog AirAsia di’mana beliau menjadi selebriti jemputan.
Tanpa di’duga, kunjungan singkat ke kota penuh romantik itu membuahkan perkenalan Maya Karin dengan seorang pemuda Perancis beragama Islam.
Menurut laporan Utusan Malaysia, Maya Karin di’katakan enggan mengulas lanjut tentang hubungan beliau bersama pemuda Perancis ini tetapi mengakui ada hubungan antara mereka berdua.
Satu insiden di Perancis telah menguatkan hasrat Maya Karin untuk memiliki anak & keluarga yang sempurna apabila aktress jelita ini terlihat sepasang suami isteri menyorong kereta sorong dan di dalamnya ada seorang bayi berusia setahun.
“Saya harap satu hari nanti saya akan jadi seperti mereka, bahagia dan mempunyai anak,” ujar Maya Karin.
Kami di’sini sentiasa mendoakan kebahagiaan Maya Karin. Bila mahu bawa pulang kekasih baru?
sumber:rotikaya
0 Comments