Seperti semua sedia maklum, Nabil Raja Lawak selamat di’ijabkabulkan dengan Nazira Ayub di Masjid Sultan Mizan, Putrajaya Jumaat lalu.
Majlis yang kami kira berlangsung cukup sederhana itu di’hadiri kaum keluarga, rakan rakan artis & para media yang sama meraikan hari bahagian Nabil & Zira.
Dalam temubual bersama media selepas itu, Nabil berkata beliau seperti tidak percaya yang kini beliau sudah bergelar seorang suami — lebih lebih lagi kepada wanita bernama Nazira Ayub.
Bercakap tentang skill memasak Nazira, Nabil berkata gadis tersebut bertuah mendapat suami yang mempunyai citarasa mudah seperti beliau — sardin goreng & roti kosong.
“Bab memasak memang dia pandai & masih terus belajar tetapi sardin goreng dia, fuhhhh!” kata media dalam nada ceria kepada media.
Nabil juga berkata Nazira pandai membawa motor besar milik beliau dan beberapa kali sebelum ini keluar bersama, Nazira yang menjadi orang hadapan. Bertuah badan.
sumber:rotikaya
0 Comments