Siapa sini tengok MasterChef Malaysia di Astro Ria 104 yang bermula
Sabtu lepas? Kalau anda tengok, sila angkat keyboard anda. Abang Nara
baru-baru ini sempatlah tengok sebab teruja dengan kehebatan MasterChef
Australia sebelum ini. Tengok punya tengok, Abang Nara boleh katakan not
bad jugaklah. Cuma ada beberapa kelemahan yang boleh diperbaiki.
Kelemahan-kelemahan yang ingin Abang Nara katakan akhirnya telah pun diucapkan oleh Chef Wan di Facebooknya.
Paling Abang Nara setuju sudah tentu kritikan mengenai drama-drama
kehidupan yang tak sepatutnya ada. Terasa macam AF la pulak.
Tapi sebenarnya seronok jugak melayan MasterChef nie. Dapatlah jugak
teknik mengopek bawang dengan betul. Apa pulak pendapat korang? Best ke
tak best MasterChef Malaysia. Untuk makluman, MasterChef Malaysia ke
udara setiap Sabtu sehingga Rabu jam 9 malam di Astro Ria.
______________________________________________________
0 Comments