Perintah Penjara 10 Bulan Serta Merta Untuk Haslinda Kerana Menjadi ‘Mak Ayam’

Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan hukuman penjara 10 bulan yang dikenakan terhadap bekas penerbit rancangan televisyen, Haslinda Merican M.A. Merican dan bekas perunding kewangan, Mohd. Amin Jamadi kerana kesalahan menjadi perantara pelacuran atau ‘Mak Ayam’ melibatkan empat artis wanita, 16 tahun lalu, seperti yang dilaporkan oleh Utusan. Haslinda diperintah menjalani hukuman penjara serta-merta.


Mereka didapati bersalah pada 4 Oktober 2000 kerana menjadi perantara pelacuran terhadap empat artis wanita (nama mereka dirahsiakan oleh mahkamah) di antara pukul 8 dan 10.30 malam, 27 Jun 1995 di lobi Hotel Ming Court (kemudian dikenali sebagai Hotel Corus), Jalan Ampang di ibu negara.

Kes mendapat liputan meluas pihak media kerana beberapa nama orang kenamaan dan artis terkenal wanita turut disebut ketika perbicaraan yang bermula pada 13 November 1995.

sumber;beautifulnara

______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

Post a Comment

0 Comments