Kisahnya, dalam satu ruangan gossip akhbar hujung minggu semalam,
seorang penulis gossip yang menggunakan nama samaran Joyah menulis
tentang perihal hubungan Tiz Zaqyah & Remy Ishak.
Penulisan wartawan tersebut mempersoalkan tindakan Remy Ishak &
Tiz Zaqyah yang sebelum ini merahsiakan hubungan mereka berdua — dan
membuat andaian rambang yang mereka berdua takut jatuh saham di’kalangan
peminat.
Lantas Remy Ishak menerusi akaun Twitter rasmi beliau (@remy_ishak)
menjawab persoalan ‘jatuh saham’ yang di’timbulkan wartawan ini dan
berkata hubungan mereka adalah peribadi & tidak ada kena mengena
dengan apa apa saham diri.
Sila baca dari bawah ke’atas kerana Twitter memang sebegitu sifat
semulajadi. Jadi, teguran ikhlas Remy Ishak ini telah mendapat reaksi
yang bercampur campur dari pelbagai pihak — termasuk golongan wartawan
sendiri.
Kalau anda berminat, anda boleh perhatikan & baca sendiri komen
komen balas dari peminat yang menyokong teguran Remy Ishak ini — dan
mereka yang berkata Remy Ishak terlalu sensitif.
Satu yang menarik minat kami adalah kenyataan terakhir Remy Ishak
yang meminta Tun Mahathir untuk memberikan komen tentang fenomena
gossip Malaysia yang di’sifatkan sebagai kolot & tidak membina. Hmm.
sumber:rotikaya
______________________________________________________
0 Comments