Amy Search, Hazama Terjun Ke Dunia Hipster Dalam Video Klip Simetri


Pasti ada antara anda yang sudah mendengar lagu duet terbaru Amy Search bersama Hazama yang di’perdengarkan mulai semalam (Rabu) melalui radio ERA FM.

Kolaborasi ini merupakan yang pertama buat Amy Search & Hazama selepas mereka tamat dengan program Akademi Fantasia 9 di’mana Hazama muncul sebagai pemenang dan Amy Search adalah pengetua.

Lebih menarik, lagu berjudul Simetri ini turut mendapat sentuhan Faizal Tahir yang bertindak sebagai pemain gitar utama untuk lagu ciptaan Audi Mok ini.

Ketika sidang media pelancaran lagu duet mereka, ASTRO turut memperlihatkan video klip rasmi Simetri yang hanya akan mula di’tayangkan kepada umum bermula Sabtu ini.

Menurut Amy Search, beliau sudah terlalu lama tidak menjayakan projek video klip dan kali terakhir adalah beberapa tahun lalu bersama kumpulan Search.

Hendak tahu sejauh mana Amy Search & Hazama berganding bahu terjun ke dunia hipster samseng untuk video klip Simetri ini, saksikan preview 130 saat selepas ini. Enjoice!



sumber:rotikaya

______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

Post a Comment

0 Comments