Mungkin ramai di antara anda yang tertanya-tanya bagaimanakah Abang
Anuar Zain ini mengekalkan kekacakan wajahnya. Rasanya daripada 10 tahun
dulu sehinggalah hari ini, tetap maintain handsome gitu. Rupa-rupanya
ada rahsia di sebalik kekacakan wajah Anuar Zain.
Di dalam Utusan Malaysia
hari ini, Anuar Zain mengakui yang dia ada membuat rawatan bentuk
wajah. Namun begitu, rawatan yang dibuat tidak melibatkan suntikan
botox. Sebaliknya teknik yang digunakan sekadar teknik urutan.
Jangan salah sangka, apa yang saya lakukan ini bukannya botox. Kaedah rawatan yang baru saya jalani tahun ini berbentuk urutan di bahagian wajah saya. Bagaimanapun proses ini akan menyebabkan muka saya membengkak untuk beberapa hari sebelum membuat urutan susulan bagi membentuk semula wajah saya
Menurut Anuar Zain, rawatan ini dilakukan setiap kali kulit wajahnya
menggeleber. Selain daripada rawatan ini, Anuar Zain yang kini berusia
41 tahun turut mengamalkan pemilihan makanan seperti Omega 3 untuk
mengekalkan kecantikan wajahnya.
Kalau Abang Nara ada duit lebih sikit nanti nak pergi tanya Anuar
Zain lah kat mana dia dapatkan rawatan nie. Nampak macam menarik sebab
setakat ini tak adalah nampak lain macam muka Anuar Zain. Nampak natural
dan paling penting maintain handsome tanpa perlu sakit dicucuk botox.
sumber:beautifulnara
______________________________________________________
0 Comments