Jujurnya sehingga ke’hari ini, kami belum sepmat menyaksikan barang
satu episod pun program MasterChef edisi Malaysia yang bermula 22
Oktober yang lalu.
Salah seorang juri yang terlibat adalah Mohd Nadzri Redzuawan atau
lebih di’kenali sebagai Chef Riz dan kini beliau dalam masalah yang agak
besar.
The Malaysian Insider hari ini
membongkar fakta yang meragukan dalam profile Chef Riz yang di’paparkan
di laman web rasmi MasterChef Malaysia — dua fakta kuat sebenarnya.
FAKTA #1 – Chef Riz mendakwa pernah bekerja sebagai Ketua Chef
di’sebuah restoran paling popular di’dunia milik Mario Batali, Babbo di
kota New York ketika beliau berumur 22 tahun.
KANTOI #1 – Pengarah komunikasi Mario Batali, Pamela Lewy mengesahkan
dalam balasan melalui e-mail yang mereka tidak pernah mempunyai Ketua
Chef bernama Mohd Nadzri Redzuawan.
Namun, Chef Riz yang di’hubungi kembali untuk mendapatkan kenyataan
menegaskan yang beliau pernah bertugas sebagai Ketua Chef di’sana selama
setahun — Januari 2005 sehingga Disember 2005.
FAKTA #2 – Chef Riz turut mendakwa beliau pernah bertugas sebagai sous chef (orang kedua terkuat dalam sistem dapur) di Le Bernardin, restoran mewah milik Eric Ripert.
KANTOI #2 – Wakil Le Bernardin, Helen Medvedovsky membalas pertanyaan
dengan berkata mereka tidak pernah mempunyai pekerja dengan nama
seperti di’dakwa dalam profile MasterChef Malaysia.
Namun, anehnya kini, profilem Chef Riz telah berubah dan hanya
menyebut beliau pernah menjadi pelatih di kedua dua buah restoran mewah
tersebut.
sumber:rotikaya
______________________________________________________
0 Comments