Saat ini, anda semua pastinya sudah tahu akan kewujudan gambar bocor aktiviti sosial selebriti bernama Nabila Huda. Belum? Anda slowpoke #LOL.
Petang tadi, kami sempat bertemu dengan Amy Search & isteri, Norish Hassan ketika pra dengar single terbaru lagenda rock ini duet bersama Hazama — Simetri.
Mengambil kesempatan, media mengajukan soalan kepada Amy Search &
isteri tentang isu gambar cium dan berbikini Nabila Huda yang kini
sedang bertebaran di’internet.
Amy Search nyata terkejut apabila kami tunjukkan koleksi gambar yang
di’maksudkan dan tidak memberikan apa apa komen untuk beberapa ketika
sebelum menjawab soalan yang kami ajukan.
Menurut Amy Search, beliau sememangnya tidak tahu menahu tentang isu
ini sehinggalah ke hari ini dan ketika bertemu Nabila Huda beberapa hari
lalu, tidak pula isu ini timbul dari mulut tuan punya badan.
“Dia (Nabila Huda) tidak tinggal bersama kami & kami pun tidak
tahu apa sebenar’nya aktiviti dia kerana setiap kali berhubung — akan
sibuk dengan shooting,” kata Norish Hassan yang menemani Amy Search petang itu.
Dapat kami lihat mata ibu tiri Nabila Huda ini berkaca apabila
meluahkan perasaan beliau kepada media yang ada dan sangat sangat
berharap Nabila Huda tidak lari dari tanggungjawab.
“Dia memilih jalan ini untuk menjadi selebriti dan saya sebagai bapa
berharap beliau mampu menjaga diri dan tidak lari dari isu isu
sebegini,” ujar Amy Search mengakhiri topik perbualan.
sumber:rotikaya
______________________________________________________
0 Comments