Saiful Apek Mengaku Tidak Bersalah Atas Tuduhan Ambil Dadah Jenis Ganja

Kami hampir lupa sebenarnya kes dadah Saiful Apek yang terjadi lebih setahun yang lalu — spesies biasa, Melayu mudah lupa.
Semalam, Saiful Apek dan tiga lagi rakan beliau di’hadapkan ke mahkamah atas tuduhan mengambil dadah jenis ganja sekitar Jun 2010 yang lalu.
Namun kesemua mereka mengaku tidak bersalah atas tuduhan yang di’bacakan di’hadapan Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid.
Saiful Apek dan tiga orang rakan’nya berdepan dengan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara sehingga dua tahun jika sabit kesalahan.
Sekitar Jun tahun lalu, Saiful Apek dan lima rakan’nya yang lain ditahan polis dalam satu serbuan di apartment’nya di Jalan PJS7 Subang Jaya ketika sedang menyaksikan perlawanan bolasepak Piala Dunia di antara Argentina & Nigeria.
Kes tuduhan mengambil dadah jenis ganja yang melibatkan Saiful Apek & tiga rakan’nya ini akan di’sebut semula pada 23 Disember 2011 ini.

sumber:rotikaya
______________________________________________________

Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

Post a Comment

0 Comments