Filem Pecah Panggung, Penulis Novel Ombak Rindu Dakwa Bayaran Tidak Setimpal


Lagi cerita tentang fenomena Ombak Rindu yang masih melanda jiwa rakyat Malaysia kini.

Kisah kutipan filem Ombak Rindu memang menjadi bualan peminat dan juga penggiat media.

Terbaru, kedengaran yang filem adaptasi novel ini sudah berjaya mengutip RM5.2 juta setakat tayangan enam hari. Takjub.

Namun, ada satu kisah kurang enak keluar dari mulut pemilik asal kisah romantis epik Izzah & Hariz ini — berkaitan bayaran kepada Fauziah Ashari.

Penulis asal novel popular Ombak Rindu mendakwa yang beliau tidak menerima bayaran yang setimpal dengan idea, usaha & populariti karya beliau yang telah di’ulang cetak sebanyak 21 kali dan masih terjual sehingga ke hari ini.

Fauziah Ashari mendakwa bayaran yang di’terima hanya cukup cukup untuk tambang pergi balik dari Johor ke Kuala Lumpur dan beliau hadir atas dasar menyokong karya beliau yang di’angkat menjadi sebuah filem.

Penulis novel ini juga mendakwa tidak ada tinggal walau sesen pun duit hasil bayaran dari produksi untuk di’nikmati ketika ini sedangkan hasil kutipan di’pawagam mencecah jutaan ringgit.

Sebelum ini, Fauziah Ashari ada meluahkan perasaan tidak puas hati beliau dengan hasil akhir filem Ombak Rindu tetapi menerima apa yang terhasil dengan minda yang terbuka. – Cinema Online


sumber:rotikaya

______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

Post a Comment

0 Comments