Majlis Resepsi Ezlynn Dan Adam Turut Akan Ditaja Rafflesia

Bagaikan satu trend pula majlis perkahwinan selebriti ditaja oleh pihak-pihak tertentu. Mana tidaknya, ia juga boleh jadi satu bentuk promosi bagi produk pihak penaja, jadi sememangnya ramai pengeluar produk berminat untuk menaja pengantin selebriti dari hujung rambut hingga ke kaki. Rasanya setakat ini belum ada lagi pihak penaja yang mahu mengeluarkan belanja kerana suka-suka atau ‘ingin berbuat pahala’. Kalau pun ada, yang ingin berbuat pahala itu faktor sampingan sahaja.
Photobucket
PhotobucketUmum pasti masih ingat dengan majlis resepsi perkahwinan Norman Hakim dan Memey Suhaiza yang ditaja oleh Rafflesia beberapa bulan lepas. Terdapat kontroversi yang timbul waktu itu tetapi nampaknya Rafflesia masih mahu menaja perkahwinan selebriti, dan yang terbaru mereka akan menaja majlis resepsi penyanyi Ezlynn dan suaminya Adam Fahmy. Majlis akan menampilkan gaun dan barangan kemas bernilai hampir RM 12 juta juga, katanya. Gambar-gambar ini diambil oleh REDPhotography sewaktu sidang akhbar majlis resepsi ini di Hotel Crowne Plaza, semalam.

Cuma kali ini Ezlynn dan Adam meletakkan syarat yang mereka juga akan terlibat dengan persediaan majlis (belajar dari majlis lepas mungkin). Akan ada bacaan doa dan surah Yassin, dan saudara-mara juga mahu disyaratkan boleh menghadiri majlis. Yalah, apalah ertinya majlis resepsi kalau saudara mara tak boleh hadir, kan?

Di samping itu, Neelofa yang terkenal dengan perniagaan Neelofa Heels nya itu akan merekabentuk kasut yang dipakai Ezlynn untuk majlis itu nanti. Gaun pengantin pula akan direka oleh Sya Syarini, Sharifah Mariam Syed Mohd akan mereka Tail dan Liza Azulkarnain pula mereka Veil. Gaun dan kasut akan bertatahkan mutiara hitam Tahiti dan mutiara putih Laut Selatan, dan harga gaun diberitahu akan mencecah RM 400,000. Barangan kemas dikatakan bernilai RM 3 – 4 juta manakala sebutir mutiara katanya mencecah RM 80,000.

Lord’s Tailor pula akan menyediakan sut untuk pengantin lelaki.

Kami sedang menanti kalau-kalau ada selebriti yang akan membuat majlis perkahwinan di KLCC dan akan memberitahu kos perkahwinan nya ialah RM 2.3 bilion (harga kos pembinaan KLCC). Kalau orang kritik, balas saja ‘kau hado’? Gitteewww!

Lagi 7 keping gambar dengan membaca gosip ini sepenuhnya. Gambar-gambar yang cantik ini, kredit pada REDPhotography.



Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket


sumber:beautifulnara

______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

Post a Comment

0 Comments