Ombak Rindu Kutip RM5.2 Juta Dalam Masa 6 Hari, Penulis Ombak Rindu Kecewa Bayaran Tidak Berbaloi

Ramai sungguh yang pergi menonton filem Ombak Rindu yang diadaptasi daripada novel karya Fauziah Ashari. Sehingga semalam, khabarnya kutipan filem Ombak Rindu sudah mencecah RM5.2 juta. Nampak gayanya ada harapan untuk filem ini mengenepikan filem KL Gangster sebagai filem Melayu paling banyak kutipannya.

kutipan filem ombak rindu

Namun begitu, ada berita yang agak menyedihkan berkaitan dengan pembayaran kepada penulis novel Ombak Rindu. Katanya bayaran yang diterima sekadar cukup untuk tambang pergi dan balik dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur. Ini benar-benar mengejutkan dan mengecewakan. Kata Fauziah Ashari:-

Tiada apa yang tinggal. tiada sesen pun untuk saya kalau nak diikutkan bayaran yang diterima, tetapi perjanjian telah dibuat, sepatutnya pihak bertanggungjawab lebih prihatin tentang isu ini kerana apa yang diolah dari Ombak Rindu hampir kesemuanya adalah idea asal saya. Termasuk bait ayat yang disampaikan oleh Lisa Surihani, ” Redha itu ikhlas, pasrah itu menyerah”. Itu juga merupakan ayat yang ada di novel.

Hmmmmm. Bagi Abang Nara sepatutnya semasa persetujuan bersama dilakukan untuk mengangkat Ombak Rindu ke filem dilakukan, Fauziah Ashari sepatutnya kena lebih bertegas dalam bab pembayaran. Tapi rasanya tak salah kalau pihak produksi memberikan sedikit wang saguhati kepada Fauziah selepas kejayaan filem Ombak Rindu ini. Orang kata berkongsi-kongsi rezeki. Kena ingat bahawa tak akan ada filem Ombak Rindu kalau tak ada penulisnya. Tak gitu?

Apa pulak pendapat anda? Abang Nara still tak sempat lagi nak menonton filem Ombak Rindu ini. Asyik-asyik sold out je. Tapi ada kawan-kawan lelaki Abang Nara yang gagah perkasa kejantannya pun tewas dan berlinangan air mata apabila menonton Ombak Rindu. Adakah anda juga turut sama berlinangan air mata?


sumber:beautifulnara

______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

Post a Comment

0 Comments