Kasut Rekaan Neelofa Untuk Majlis Resepsi Ezlynn Bertatahkan Mutiara dan Swarovski

Sewaktu dia diumumkan sebagai pereka untuk kasut yang dipakai oleh Ezlynn pada majlis resepsi perkahwinan penyanyi itu dengan suaminya Adam fahmy beberapa minggu lalu, ramai yang tertanya-tanya bagaimanakah rupa kasut yang bakal direka oleh si manis itu. Hari ini Mstar Online telah memaparkan gambar kasut rekaan Neelofa:


Pada awalnya, saya memang tidak pasti untuk menerima tawaran menghasilkan kasut perkahwinan Ezlynn kerana saya tidak pernah mereka kasut untuk majlis perkahwinan sebelum ini, apatah lagi untuk seorang selebriti.

Kepercayaan yang diberikan itu menyuntik keyakinan kepada saya. Saya mengambil masa selama sebulan sejak Disember lalu untuk membuat kajian dan menyiapkan rekaan terbaik yang bersesuaian dengan tema musim luruh di Sepanyol itu.

Neelofa berkata idea rekaan tersebut diperolehi secara spontan:

Sebelum ini, saya sudah melakukan beberapa draf dan pengubahsuaian pada rekaan kasut tersebut sehinggalah ilham muncul secara spontan sebelum saya masuk tidur pada satu malam, kira-kira dua minggu lalu.

Selepas itu, saya mula melakukan pengubahsuaian terakhir sebelum menghantar rekaan muktamadnya kepada pengeluar dan siap dihantar kepada Ezlynn pada petang Isnin.

Wah, I loiike rekaan kasut oleh Neelofa ini. Nyata kajian yang dilakukan dan bakat yang ada tidak dipersiakan. Kami difahamkan kasut platform berwarna emas ini menggunakan renda, permata Rafflesia dan kristal Swarovski sebagai hiasannnya dan akan dikenakan oleh Ezlynn untuk majlis resepsi yang berlangsung esok di Hotel Crowne Plaza, Kuala Lumpur.



sumber:beautifulnara

______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

Post a Comment

0 Comments