Ana Rafali Kini Bertudung Semenjak Maulidur Rasul Yang Lalu

Bayangkan betapa gembiranya hati bakal suami Ana Rafali apabila Ana mengambil keputusan untuk bertudung sepenuhnya semenjak Maulidur Rasul yang lalu. Ini satu berita yang baik untuk Ana, bakal suami dan kesemua umat Islam. Tahniah Abang Nara ucapkan kepada Ana Rafali atas penghijrahan ini.

ana rafali bertudung

Gambar di atas diambil ketika Ana Rafali cuba bertudung di bulan Ramadhan yang lalu. Bukannya gambar yang terbaru. Menurut Ana, keputusan untuk bertudung datangnya daripada ketulusan hatinya sendiri, bukannya dipaksa oleh sesiapa. Kata Ana:-

Sama ada mummy, adik-beradik, keluarga bakal mentua mahu pun Naim, masing-masing tidak terkejut apabila sejak kelmarin saya sudah mula keluar memakai tudung termasuk ketika bertemu dengan bekas pensyarah saya untuk memberikan kad undangan perkahwinan. Sebenarnya hasrat itu sudah lama saya kongsi dengan mummy. Jadi, dia pun tumpang gembira dengan perubahan ini, begitu juga insan terdekat yang lain.

Tahniah kepada Ana atas hijrah ini. Semoga selepas ini semakin dimurah rezeki. Kredit info kepada Berita Harian.



sumber:beautifulnara


______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

Post a Comment

0 Comments