Gambar & Video Majlis Pernikahan Imam Muda Hassan Adli & Fadatul Ulfah

Tanggal 17 Februari cukup bermakna bagi Juara Imam Muda musim kedua, Mohd Hassan Adli Yahya. Pada tarikh itu, dia bukan saja menyambut ulang tahun yang ke-27 tetapi lebih istimewa bergelar suami kepada wanita yang berjaya membuka pintu hatinya.

Memilih bakal guru, Fadatul Ulfah Jamali sebagai suri hidup, majlis akad nikah pasangan ini berlangsung di Masjid Al Maarufiah, Kampung Parit Baru, Sabak Bernam pada 17 Februari, selepas solat Isyak.

Imam Muda Hassan menyerahkan mas kahwin sebanyak RM666 dan hantaran RM9999. Pihak Hassan membawa sembilan dulang hantaran dan berbalas 11 dulang.

Majlis persandingan pihak pengantin wanita akan diadakan keesokan harinya di perkarangan masjid yang sama manakala di sebelah keluarganya akan berlangsung pada April depan.

“Saya yang cadangkan majlis akad nikah diadakan pada 17 Februari ini kerana itu tarikh ulang tahun saya. Pun begitu, tarikh majlis di sebelah pihak saya belum ada ketetapan kerana kami masih mencari dewan. “Kalau ikutkan, saya mahu kenduri menyambut menantu diadakan seminggu selepas majlis persandingan pihak wanita tetapi keluarga minta ditangguhkan ke bulan April depan. “Banyak persediaan yang perlu dilakukan, kalau nak cepat memang tak sempat. Lagipun dewan di tempat kelahiran saya di Setiawan, Perak penuh jadi kena cari tarikh yang ada kekosongan. “Ada juga permintaan supaya majlis diadakan di Kuala Lumpur kerana lebih mudah untuk sahabat handai hadir. Tengoklah macam mana nanti, saya akan fikirkan perkara ini”,katanya.

Akui Hassan, dia mengenali Ulfah selepas program IM2 tamat menerusi seorang kenalan. Bermula dengan melihat gambar timbul rasa berkenan di hati. Maka pertemuan diatur di mana Ulfah ditemani abangnya. Keperibadian Ulfah membuatkan hatinya terpaut. Yakin itulah jodoh terbaik buatnya, rombongan meminang diutus pada November lalu dan selepas pulang dari menunaikan Haji pada penghujung Disember, perancangan melangsungkan perkahwinan mula diatur. “Saya dan Ulfah berkomunikasi menerusi kiriman SMS dan kami sepakat untuk bercinta selepas berkahwin.

Ulfah sedang menanti panggilan memulakan tugas sebagai pendidik dan kini menyambung pengajian ke peringkat Sarjana dalam bidang Usuluddin di Universiti Malaya.

Sumber: WowBerita

Berikut adalah gambar majlis pernikahan Imam Muda Hassan Adli & Fadatul Ulfah (Klik gambar untuk pembesaran imej):



sumber:akufakhrul.com

______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

Post a Comment

0 Comments