Baru-baru ini Abang Nara pernah keluarkan entri gambar perut isteri Harith Iskandar, Jezamine Lim yang mengandung 8 bulan. Gambar tersebut telah dikongsi menerusi Twitter oleh Harith Iskandar. Akibatnya perkongsian gambar tersebut, ramai yang menyatakan rasa tidak senang kerana ianya agak tidak sesuai dengan norma masyarakat kita.
Dan Harith Iskandar hari ini menerusi Mstar telah pun memohon maaf kepada mereka yang agak sensitif dengan perkongsian gambar tersebut. Menurut Harith, dia hanya sekadar mahu berkongsi kegembiraan dan keterujaan bergelar bapa. Kata Harith:-
Saya tak berniat pun mahu menunjuk-nunjuk tetapi sekadar ingin berkongsi kegembiraan dengan pengikut ‘Twitter’ saya. Walaupun menanti detik untuk bergelar bapa bukannya satu perkara luar biasa tetapi ia adalah perkara yang bukan biasa untuk diri saya kerana belum pernah merasai detik sebegitu.
Abang Nara pun sebenarnya sama teruja dengan Harith Iskandar sebab tak lama lagi pun nak bergelar ayah jugak. Doakanlah agar wife kami berdua akan selamat melahirkan anak yang sempurna sifatnya. Amin ~~
sumber:beautifulnara
______________________________________________________
0 Comments