Kami puji usaha Megat Mohd Noor Salleh Ghani (Keno) dan partner, Nora Aisyah Abdul Razak yang menemui kami bersama semua dokumen kerja mereka.
Menurut Keno, mereka mengakui yang produksi berhutang dengan pelakon & krew teknikal sehingga ke hari ini tetapi mereka tidak melarikan diri seperti di’dakwa.
Berkaitan pinjaman kepada Fauzi Nawawi, Keno berkata tawaran itu datang sendiri dari aktor tersebut yang mahu menolong produksi yang dalam kesusahan — dan bukan Keno Production meminta minta tetapi tidak menyangka aktor itu membawa perkara ini ke media.
Keno sendiri berkata beliau tidak salahkan Fauzi Nawawi atas semua ini tetapi keadaan sebenarnya tidak memihak kepada mereka ketika itu teater Semerah Padi tidak mempunyai penaja.
“Kalau di’ikutkan, lebih 80% jumlah hutang kami sebenarnya kepada krew teknikal termasuk Pak Ngah yang masih belum mendapat sebarang bayaran sehingga ke hari ini,” jelas Keno kepada kami.
Nora Aisyah berkata mereka yang lain percaya yang Keno Production akan membayar mereka walaupun lewat dan sekarang sedang mengusahakan untuk membayar semua hutang tertunggak secara berperingkat.
sumber:rotikaya
______________________________________________________
0 Comments