Kisah penceraian penyanyi yang popular sekitar tahun 90′an baru baru ini menjadi perbualan hangat peminat hiburan & media.
Dan, kami terdengar sebuah kisah yang tidak kurang sensasi juga tentang penyanyi popular ini — guna nama rakan artis untuk buat pinjaman bank dengan nilai lebih RM1 juta — dan lari.
Penyanyi ini tidak’lah selaku mana dalam membuat persembahan tetapi dek kerana sikap beliau yang suka mengambil kesempatan & menggunakan nama beliau sebagai ‘jaminan’ untuk perniagaan, ramai sudah menjadi mangsa.
Khabarnya, rakan artis yang juga vokalis sebuah kumpulan rock ini menjadi mangsa selepas di’janjikan kerjasama untuk membuka sebuah syarikat yang boleh maju bersama penyanyi popular tadi.
Penyanyi popular itu menggunakan nama rakan artis ini untuk memohon satu pinjaman perniagaan bersama bank bernilai lebih RM1 juta dan permohonan beliau lulus dengan mudah kerana mempunyai seseorang yang berkomplot dalam penipuan ini di’dalam institusi bank berkenaan.
Dek kerana tiada perjanjian hitam putih antara vokalis kumpulan rock itu dan penyanyi popular, si mangsa kini tengah pening memikirkan cara untuk membayar hutang yang sudah termeterai bersama bank. Hmm.
sumber:rotikaya
______________________________________________________
0 Comments