Rita Rudaini Digantung Tak Bertali

Semalam semasa membaca BiPop, Abang Nara sangat tertarik dengan tulisan Raja Nurfatimah Mawar. Tak lain tak bukan tentang kemelut rumah tangga yang sedang dihadapi oleh Rita Rudaini. Izinkan Abang Nara berkongsi tulisan Raja untuk tatapan anda semua.

rita

Di bawah ialah nukilan Raja BiPop:-

Kasihan mengenangkan nasib aktres popular, Rita Rudaini Mokhtar. Beliau seolah-olah digantung tidak bertali suaminya yang juga pemain bola sepak kebangsaan, Mohd Aidil Zafuan Abdul Razak. Sehingga hari ini, masih belum ada kata putus berhubung rumah tangga mereka yang boleh diumpamakan retak menanti belah itu.

Sudah lebih sebulan Aidil meninggalkan Rita dan dua cahaya mata, Airit Rayyan, 3 dan Airit Qara Arjuna, 8 bulan. Lebih menyedihkan, Aidil langsung tidak pulang menjenguk anak-anaknya. Memberi nafkah jauh sekali.

Kalau Aidil ingatkan anak-anak, meskipun berdepan dengan gelora tsunami atau lautan api sekalipun, , beliau sanggup melakukan apa saja untuk melepaskan kerinduan pada anak-anak. Tidak begitu? Tapi, hingga saat dan detik ini, bayangan Aidil langsung tidak nampak, bukan Aidil tidak tahu anak-anak sentiasa berada di rumah.

Satu Malaysia sudah tahu, hubungan Aidil dan Rita sedia keruh atau mungkin tidak dapat diselamatkan lagi tetapi jangan sampai abaikan anak-anak. Kalau sekarang ketika belum bercerai, Aidil sudah pada Rayyan dan Qaqa, apatah lagi kalau ikatan sudah terlerai nanti.

Nasib baik Rayyan dan Qaqa tidak bertanya langsung pasal bapanya. Hmmm, nampak sangat Aidil tidak rapat dengan anak-anaknya. Mungkin kalau sudah berbulan tidak balik rumah, anak-anak pun sudah tidak kenal. Dan Raja nak tanya Aidil, dia tahu ke apa hukumnya jika meninggalkan isteri lebih tiga bulan?

Raja pelik, sebelum ini, Aidil beriya-iya nak buat tuntutan berhubung anak-anak, tapi nasib Rayyan dan Qaqa tidak terbela pun. Sakit pening, susu, makan dan minum pun tidak ambil tahu, macam mana tu? Pening kepala Raja memikirkannya.

Ada beberapa teman Raja sering ternampak Aidil melepak bersama kembarnya, Zaquan Adha dan isterinya Ayu Raudhah di USJ, Subang Jaya sampai awal pagi. Amboi seronoknya… Itu yang Aidil mahukan agaknya, menjadi orang bujang dan tidak memikirkan tanggungjawab, jauh sekali memikirkan anak-anak. Raja dengar Aidil juga tinggal bersama Zaquan dan Ayu di USJ.

Ayu pun bukan main lagi, selalu saja kemas kini statusnya menerusi perkhidmatan mesej Blackberry(BBM), makan malam, keluar sana sini bersama Aidil. Tak payahlah membuatkan orang lain makin membenci, sudah-sudahlah menyakitkan hati Rita. Janganlah memporak-perandakah rumah tangga Rita dan Aidil lagi. Nak makan atau tergolek sekalipun, perlu ke beritahu satu dunia?

Yang kasihan adalah Rita, selepas penat mencari rezeki dan bekerja siang dan malam di lokasi penggambaran, beliau terpaksa pula bersengkang mata menjaga anak-anak sendirian. Bukan tak tahu ragam anak-anak yang masih kecil, memang penat dan tidak cukup rehat.

Tapi, hairan juga Aidil dan keluarganya beriya-iya membuat tuntutan terhadap anak-anak. Kalau hari ini pun tak pernah ambil tahu dan tak tahu nak jaga, bagaimana nak jaga anak-anak pada masa depan? Ibu bapa mentua Rita pun tidak pernah bertanya soal cucu, tak pernah hubungi Rita bertanya pasal Rayaan dan Qaqa tapi sibuk rebut cucu!

Raja bukanlah nak salahkan Aidil, tapi Raja rasa tindakan Aidil tidak betul. Walaupun berdepan dengan konflik dalaman dengan Rita, tapi beliau tidak seharusnya mengabaikan tanggungjawab terhadap anak-anak. Nafkah anak-anak tidak seharusnya diabaikan. Aidil kena ingat, anak-anak adalah saham untuk akhirat.

Soal siapa yang menjadi dalang keretakan dan kehancuran rumah tangga Rita, Raja tidak mahu mengulas. Dulu, ibu bapa Aidil dipersalah, kini kembar Aidil, Zaquan dan isterinya, Ayu pula dituduh menjadi puncanya. Nampaknya semua sengketa bermula daripada keluarga Aidil. Susah nak cakap jika membiarkan orang lain membaut keputusan dalam hidup. Inilah jadinya.

Nasihat Raja kepada Aidil, kalau sudah benci dan tidak boleh memandang muka Rita lagi, lepaskan saja… Rita boleh hidup bahagia bersama dua cahaya mata yang menjadi pelengkap hidupnya. Aidil pula carilah kebahagiaan baru, kalau itu yang Aidil inginkan.

Kepada Raja, artikel anda kali ini memang terbaik. Abang Nara respek sangat-sangat. Semoga Aidil membaca artikel anda dan seterusnya terbit rasa keinsafan dalam dirinya.



sumber:beautifulnara


______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

Post a Comment

0 Comments