Tak Putus Tunang Kerana Apek – Bekas Tunang Leuniey

Apek dan para peminatnya boleh menarik nafas lega kerana bekas tunang Leuniey telah tampil untuk menjelaskan keadaan. Cerita yang dibawa menerusi twitter yang mendakwa Apek punca putusnya pertunangannya adalah tidak benar sama sekali. Harian Metro hari ini melaporkan yang dakwaan tersebut adalah fitnah semata-mata.

apek

Kata bekas tunang Leuniey:-

Bekas tunang tidak pernah membuat pengakuan mahu memutuskan pertunangan kerana Khairul Fahmi. Bekas tunang memutuskan pertunangan tanpa memberitahu sebabnya. Saya hanya mengetahui kisah saya di Internet selepas diberitahu rakan dan harap ia tidak diperbesarkan.

Ditanya adakah dia mempunyai kaitan dengan twitter @MahsiH2, bekas tunang Leuniey memberitahu:-

Mengapa saya mahu mengaibkan nama keluarga sendiri dengan menyamar sebagai orang lain di Twitter dan menyebarkan perkara itu. Saya juga terkejut apabila ada beberapa gambar dalam akaun itu sedangkan saya tidak menyimpannya sebaik putus tunang.

Diharap semua orang dapat clear picture dan tidak lagi menunding jari dan menuduh Apek punca putusnya pertunangan mereka berdua. Diharap Apek tabah dengan pelbagai berita yang menimpa dirinya terutama ketika ada big games.



sumber:beautifulnara

______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

Post a Comment

0 Comments