Nampak’nya kisah pimpinan atas Persatuan Seniman ini tidak berhenti setakat penafian juga kenyataan dari mulut Harun Salim Bachik sendiri. Ini kisah baru.
Khabar’nya, satu pemilihan baru untuk pucuk pimpinan Persatuan Seniman akan di’jalankan tidak berapa lama lagi & sumber kami menyampaikan perkembangan terbaru yang agak menarik.
Timbalan Presiden Seniman, Zed Zaidi kini di’katakan sedang hangat melobi ahli ahli persatuan yang lain’nya untuk menyebelahi beliau dalam pemilihan yang akan datang — bukan untuk kekalkan kedudukan, tetapi mencabar Harun Salim Bachik.
Menurut sumber kami lagi, kedudukan Harun Salim Bachik juga di’gambarkan sebagai kurang selamat kerana tindakan beliau membekukan aktiviti yang secara langsung membantutkan perkembangan ahli Persatuan Seniman.
Mungkin sampai masa untuk Persatuan Seniman menerima pucuk pimpinan dari generasi muda — tetapi, tidak terlalu muda’kah Zed Zaidi untuk jawatan Presiden Seniman? Hmmm.
sumber:rotikaya
______________________________________________________
0 Comments