(4 GAMBAR)Shahrizal Sudah Ada Pengganti Mira Liyana?
April 23, 2012
Dalam masa setahun sebelum ini, pelakon kacak Shahrizal telah
dikaitkan dengan beberapa selebriti wanita. Baru-baru ini pula, hubungan
Shahrizal dengan kekasihnya iaitu Mira Liyana telah putus. Shahrizal
mendakwa ianya putus kerana tohmahan seseorang, manakala Mira mendakwa
wujud orang ketiga dalam hubungan mereka yang menyebabkan Mira
memutuskan percintaan.
Kami bagaimanapun telah menerima kiriman e-mel dari seseorang yang
mendakwa Shahrizal sudah ada kekasih baru iaitu pengganti Mira Liyana.
Orangnya comel, walau kami tidak tahu siapa tetapi beliau dikatakan
telah beberapa kali kelihatan dengan Shahrizal di beberapa program.
Kalau betul ini teman wanita terbaru Shahrizal, tahniah diucapkan. Sudah
semestinya pelakon kacak seperti beliau tidak sukar mendapat pengganti.
0 Comments