Kita doakan yang terbaik & semoga mereka selamat pulang ke’sini nanti. Dan ini berita baik untuk peminat Rita Rudaini dan drama bersiri Malaysia khasnya melalui slot Samarinda, TV3.
Bermula esok 23 mei 2012, slot Samarinda akan di’serikan dengan sebuah drama bersiri baru dengan judul AMEERA arahan pengarah terkenal Murali Abdullah.
AMEERA menampilkan Rita Rudaini yang sudah lama tidak buat kemunculan dengan drama bersiri sebagai teraju utama membawakan watak Ameera di’samping Syamsul Yusof dengan watak suami bernama Ameer.
Drama bersiri 25 episod ini mengisahkan kepasrahan Ameera, walaupun hidup dalam kemewahan tetapi kebahagiaan yang dinikmati akhirnya terjejas apabila mulai terasa kekosongan kerana masih belum dikurniakan anak.
sumber:rotikaya
______________________________________________________
0 Comments