Nampaknya Fasha Sandha bakal join club hot mom tidak lama lagi apabila disahkan sudah hamil 2 minggu oleh pengurusnya. Ucapan tahniah harus juga diberikan kepada Jejai kerana tidak berlengah-lengah lagi menambahkan umat Islam. Semoga Fasha Sandha dapat mengurangkan kerja-kerja berat dan lebih menumpukan kepada kesihatan kandungan.
Kata pengurus Fasha iaitu Nik Yasmin menerusi BBM:-
Akibat lewat datang bulan, Fasha telah melakukan pemeriksaan dan doktor mengesahkan bahawa Fasha kini hamil dua minggu. Doktor juga menasihati Fasha agar tidak melakukan kerja-kerja berat
Jutaan tahniah kepada Fasha Sandha dan Jejai atas berita gembira ini. Semoga segalanya dipermudahkan sehingga kelahiran nanti. Kredit info MediaHiburan.
UPDATE: Fasha Sandha turut menyertakan gambar pregnancy test yang diambilnya di Facebook We Love Fasha Sandha. Gambar seperti di atas.
sumber:beautifulnara______________________________________________________
0 Comments