Akhirnya, keutuhan perkahwinan Akhil Hayy dan isteri Maizawati Zainal yang dibina selama 14 tahun, dimana mereka dikurniakan enam orang anak, ditundukkan juga oleh gosip-gosip tentang perhubungan Akhil dan Waheeda.
Sekuat mana pun penafian mereka, jelas perkembangan terbaru ini seakan mengiakan desas-desus yang sudah bertiupan sejak beberapa tahun ini tentang perhubungan antara pendakwah bebas dan penyanyi itu.
Dalam akhbar Harian Metro hari ini, Maizawati yang telah selama ini mendiamkan diri, akhirnya tampil ke depan untuk mengumumkan perpisahannya dari Akhil dan kes perceraian mereka akan dibicarakan pada 2 Jun ini.
Katanya, jodoh diantara mereka sudah tiada dan dirasakan apa yang berlaku atas ketentuan Allah SWT dan untuk kebaikan mereka bersama.
“Saya tidak salahkan dia. Saya reda kerana saya anggap apa yang berlaku sebagai mainan dunia semata-mata. Cinta kita cinta kepada Allah. Setiap perkara yang berlaku ada qada’ dan qadarnya.
“Tiba masanya saya tampil memberi penjelasan supaya masyarakat memahami apa yang berlaku. Tiada langsung niat untuk memburukkan sesiapa. Mungkin ada hikmahnya selepas ini,” jelas Maizawati yang turut memberitahu dia percaya bila diberitahu Akhil tidak berkahwin dengan Waheeda.
0 Comments