Battle for Terra


Filem:
Battle for Terra

Lakonsuara:
Evan Rachel Wood, James Garner, Chris Evans, Brian Cox, Danny Glover, Amanda Peet, Justin Long with Dennis Quaid dan Luke Wilson

Genre:
Animasi, Fantasi, Filem 3D

Ulasan:
Pernahkah anda menonton wayang 3D? Apa kata mula dengan ‘Battle for Terra’, di mana kita diwajibkan memakai cermin mata kaler-kaler untuk menghayati format baru sinema yang diketengahkan dengan filem ini iaitu filem 3D, yang kaya dengan butir-butir visual yang menakjubkan belaka.

Dah lama keluar di Amerika Utara tapi baru rilis di sini, dan hasilnya sesuatu yang istimewa walaupun kurang nilai komersil. Sebuah projek kecil daripada syarikat produksi kecil dari sebuah ceruk di Kanada, MeniThings Productions, ‘Battle for Terra’ yang memulakan hidup dengan judul ‘Terra’ sahaja kini berjaya memukau taiko-taiko filem Hollywood untuk menarik penglibatan nama-nama besar seperti Chris Evans, Justin Long, Dennis Quaid, Luke Wilson dan Evan Rachel Wood.






Ceritanya biasa sahaja, boleh bajet, dan tidaklah diluar jangkaan tapi novelti kelainan 3D itu sendiri yang membuatkan karya ini satu kejayaan ‘underdog’, sama seperti ‘Geng The Movie’ di sini. Nilai artistiknya cukup tinggi dan lebih daripada memadai jika dihalakan ke golongan muda dan kanak-kanak.

Dalam ‘Battle for Terra’, umat manusia yang hampir pupus dan terdesak, bertindak melalui arahan militari yang gopoh untuk menawan planet Terra, di mana kaum Terrians – makhluk intelek yang hidup aman damai dengan budaya kesenian dan muzik yang terunggul di alam semesta – terpaksa menceroboh sempadan dunia kita untuk menyelamatkan umat mereka dan memulihkan keseimbangan sejagat.




Yang relevannya, dunia manusia di sini diketuai oleh seorang presiden yang berkulit hitam! Lakonan susah untuk dinilai tetapi yang tentu, melalui kacamata 3D, dunia alam semesta rekaan pengarah dan penulis lakonlayar Aristomenis Tsirbas dan artis-artisnya menjanjikan imej-imej yang cukup luarbiasa, walaupun makhluk Terrians lebih ‘real’ daripada manusia di sini.

Ha ha, itu takpe, kerana ‘Battle for Terra’ ini, dengan cara keciknya sendiri, sedikit sebanyak menandakan ketibaan satu dimensi sinema yang baru, dan melayannya boleh dikatakan satu pengalaman yang agak baru untuk penonton Malaysia.


Kejayaan Kritikal Senigrafik 3D ‘Terra’:
‘Battle for Terra’ telah dianugerahkan sebuah Heartland Award di Amerika di dalam kategori “Truly Moving Picture” dan juga Grand Prize di Festival Animasi Ottawa (Kanada) selaku “Best Animated Feature”.

Post a Comment

0 Comments