CHOCOLATE MUD CAKE



Bahan-Bahan:
1/3 cawan coco powder
1/3 cawan air panas
150 gram chocolate (cairkan)
150 gram butter (cairkan)
1 ¼ cawan gula perang
100 gram kacang almond
4 biji telur (asingkan putih dan kuning)
2 tbsp gula icing

Cara Masakan:
1. Panaskan oven pada 160ºC dan pastikan loyang acuan berukuran 8 inci disemburkan dengan cooking spray.
2. Kemudian campurkan serbuk koko dan air panas didalam satu bekas dan pastikan pukul hingga sebati.
3. Setelah itu, campurkan dark chocolate, butter, gula icing dan kacang almond. Semasa mengacau bahan adunan, masukkan kuning telur satu persatu (rehatkan adunan sebentar)
4. Didalam bekas lain pula, pukul putih telur hingga kembang (meringue)
5. Setelah itu gaulkan putih telur bersama adunan tadi sehingga rata.
6. Tuangkan ke loyang acuan dan bakar selama 1 jam 15 minit atau sehingga masak.
7. Selepas masak, boleh dihias mengikut kreativiti sendiri.

Post a Comment

0 Comments